Sabtu, 08 Februari 2014

Browse » home» » » » » Scarlett Johansson Buru Lelaki

Scarlett Johansson Buru Lelaki


VENICE – Bintang Amerika Syarikat, Scarlett Johansson menakutkan penonton di Festival Filem Venice kelmarin dengan lakonannya sebagai makhluk asing dalam filem Under the Skin.

Johansson memainkan watak makhluk asing yang menjelma dalam bentuk manusia untuk memburu, menggoda dan memakan lelaki di Bumi.

Filem Under the Skin itu diarahkan oleh pengarah Britain, Jonathan Glazer yang bijak bermain dengan cahaya dan permukaan gelap untuk mewujudkan persekitaran makhluk asing yang mantap.

Pengambaran filem itu di buat di jalan-jalan di Glasgow dan tanah tinggi Scotland.

Johansson yang memainkan watak sebagai Laura, memerhati manusia untuk kepentingan klinikal tanpa mempunyai perasaan kasihan.

Bagaimanapun, Laura perlahan-lahan mula mema- hami perasaan manusia termasuk keinginan seksual, sekali gus mengadakan hubungan cinta pertama de- ngan manusia.

Under the Skin merupakan filem sains fiksyen yang menggabungkan dokumentari dengan aksi ngeri serta menggoda tanpa keganasan.

Terdahulu, Johansson, 28, mengakui, pada mula- nya dia berasa sukar untuk memainkan watak tersebut dan memerlukan beberapa minggu untuk men- dalaminya. – AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar