Minggu, 09 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » » Pengarah Tersohor Bakal Didenda Miliki 7 Anak

Pengarah Tersohor Bakal Didenda Miliki 7 Anak


BEIJING – Pengarah filem tersohor di China, Zhang Yimou bersedan denda sebanyak £100 juta selepas didakwa melanggar polisi satu anak satu keluarga yang dilaksanakan di negara berkenaan.

Zhang, yang juga pengarah filem House of Flying Daggers dan Hero serta terlibat mengarahkan upacara penutupan Sukan Olimpik 2008, dikatakan mempunyai tujuh orang anak.

Dia mengaku mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan dengan isterinya ketika ini, dan seorang anak perempuan dengan bekas isterinya.

Namun khabar angin bertiup kencang bahawa Zhang juga mempunyai tiga lagi anak, dengan wanita lain.

Sehubungan itu satu notis telah dihantar kepada isteri Zhang di kampungnya di Wuxi berhubung perkara itu.

Salah seorang peguam yang terlibat dalam tuntutan undang-undang itu Guo Chengxi, telah mengesahkan mengenai denda yang bakal £100 juta yang bakal dikenakan kepada Zhang.

Ini kerana Zhang dianggap mewakili golongan elit  yang cuba mengetepikan undang-undang negara.

Ia juga sebagai pengajaran kepada golongan kaya yang tidak mempedulikan polisi perancang keluarga tersebut disebabkan mereka mempunyai wang untuk membayar denda.

Dalam masa yang sama dilihat sebagai tidak adil kepada golongan miskin yang terpaksa mematuhi polisi berkenaan.

“Ketika ini kita dapat melihat fenomena di mana orang kaya mempunyai lebih daipada seorang anak, dan ini amat membimbangkan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Zhang yang berdepan dengan tekanan berikutan kes ini, akhirnya mengemukakan permintaan maaf.

Tahun lepas sahaja, 31 wilayah di negara berkenaan telah berjaya mengutip sebanyak 20 bilion yuan daripada mereka yang melanggar peraturan berkenaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar