Senin, 23 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » » » 6 perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda akan disaman

6 perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda akan disaman

Salam semua,



Cuba memberi alasan yang berkemungkinan boleh dipertimbangkan. Elakkan daripada mengaku bersalah. Ini adalah kerana apabila anda sudah mengaku bersalah, tiada apa lagi yang perlu dibincangkan.
Elakkan daripada berdebat atau bertindak agresif terhadap pegawai tersebut. Anda pasti tidak akan menang malah akan memburukkan lagi keadaan.
Berlakon seolah-olah anda takut atau tidak sedar akan kesalahan yang telah anda lakukan. Anda mungkin hanya akan diberi amaran sahaja sekiranya berjaya meyakinkan pegawai bahawa anda lakukan kesalahan tanpa disedari.
Setiap manusia suka untuk dihormati. Tunjukkan bahawa anda hormat terhadap tanggungjawab yang mereka lakukan. Berkemungkinan rasa hormat yang anda tunjukkan akan dihargai dan akan  memudahkan mereka untuk berbudibicara terhadap anda.
Jangan sesekali cuba untuk merasuah. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Lebih baik anda dikenakan kesalahan terhadap saman berbanding kesalahan di atas cubaan untuk merasuah pegawai polis, ini untuk mengelakkan anda dikenakan tindakan lebih teruk.
Sekiranya anda tetap disaman, jangan sesekali memarahi mereka kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab. Anggaplah ia peringatan untuk anda agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
sumber






Tidak ada komentar:

Posting Komentar