Selasa, 17 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Najib Mahu Calon UPSR Lakukan Yang Terbaik

Najib Mahu Calon UPSR Lakukan Yang Terbaik


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berharap calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menduduki peperiksaan itu esok dapat melakukan yang terbaik.

“Kepada adik-adik yang menjalani UPSR esok, semoga berjaya,” kata perdana menteri melalui laman Twitter beliau.

“Buat yang terbaik untuk ibu bapa, guru-guru dan terutamanya untuk diri sendiri,” katanya.

Sebanyak 478,848 calon akan menduduki UPSR mulai esok hingga Khamis di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar