Selasa, 17 Desember 2013

Browse » home» » » » » Serangan Beijing motif dendam

Serangan Beijing motif dendam

Kemalangan meragut tiga nyawa di Tiananmen Square, minggu lalu.

BEIJING - CHINA . Pelbagai spekulasi timbul, selepas beberapa tragedi keganasan berlaku di ibu negara China sejak kebelakangan ini.

Walaupun terdapat sumber mengatakan kejadian itu berpunca daripada kumpulan ekstremis namun polis tempatan percayai, kejadian itu mempunyai kaitan dengan rakyat di negara itu sendiri.

Pegawai keselamatan berkata, insiden kemalangan di Tiananmen Square minggu lalu dan kejadian letupan bom berisi bebola besi dan paku di ibu pejabat Parti Komunis di Taiyuan di ibu kota wilayah Shanxi di utara China, kelmarin mungkin dilakukan oleh individu yang sama.

“Menurut sumber, serangan di itu diketuai seorang lelaki yang berang selepas polis bertindak merobohkan sebahagian daripada masjid di Xinjiang,” katanya, menurut sumber dpa.

Beliau berkata, individu itu dikatakan telah mendermakan wang untuk membesarkan masjid Yengi Aymaq, tetapi dirobohkan pihak berkuasa Oktober tahun lalu kerana gagal memenuhi spesifikasi pembinaan.

Bekas ketua kampung Yengi Aymaq Hamut Turdi berkata, selepas genap setahun kejadian itu, lelaki berkenaan mungkin melakukan serangan di Tiananmen Square sebagai tindakan membalas dendam.

“Kami difahamkan, lelaki itu memandu kenderaan pacuan empat roda ke Tiananmen Square dalam keadaan melulu,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar