Kamis, 19 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Rayuan bantu keluarga bekas KP PAS Baling

Rayuan bantu keluarga bekas KP PAS Baling

Harakahdaily 

Izwan Abdul Halim, 13 Nov 2013
BALING: Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling merayu keprihatinan dan sumbangan para penyokong serta pendukung PAS untuk meringankan beban membantu mantan Ketuanya, Ustaz Osman Abd Hamid yang kini mengalami masalah kesihatan.

Menurut Ketuanya, Ustaz Mohd Ashri Abd Rahman, keadaan kesihatan Ustaz Osman semakin merosot dan terlantar di katil akibat komplikasi diabetes dan kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang selain masalah jantung.

Ujarnya, di zaman Ustaz Osman sebagai Ketua Pemuda, beliau telah mendambakan diri dan mengerah keringat menyemarakkan perjuangan anak muda PAS di Baling termasuk menyumbang kemenangan semasa PRU12.

"Jadi saya merayu sahabat handai yang ada lebihan kemampuan bolehlah kiranya menghulur sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan beliau.

"Isterinya juga masih dalam pantang kerana baru sahaja melahirkan anak yang ketujuh," seru Ustaz Ashri ketika menziarahi Ustaz Osman di rumahnya di Pondok Al-Hidayah, Kampung Tembak, di sini kelmarin.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Ustaz Osman menerusi akaun peribadinya, Bank Simpanan Nasional (BSN) 0212641800699045 atau akaun isteri beliau, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02048020196077.

Sebarang pertanyaan kata Ustaz Ashri, boleh diajukan terus kepada beliau di talian 010-4051947.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar